Need Help?

Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Telinga terasa panas,dan kaki tangan kebas,tepi kening terasa tegang

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: Mei 4, 2022 3:25 PM

Sulit 13 bulan

Dokter saya wanita berumur 30 tahun,kadang saya slalu gaduh dgn suami,dan saya geram,saya suka simpan dalam hati…
Kenapa ketika saya nangis,telinga saya terasa panas,kening bagian tepi terasa tegang tangan mulut terasa kebas…terima kasih,

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 13 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera,terima kasih atas soalan anda.

Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.

Untuk makluman anda,menangis adalah respon biasa seseorang manusia apabila berhadapan dengan situasi beremosi seperti sedih, gembira, marah dan ketakutan.Jika air mata disebabkan oleh situasi emosional yang penuh tekanan, ini dapat melepaskan hormon stres yang disebut kortisol yang mengarah ke peradangan seperti ketegangan otot,terasa panas di bahagian telinga dan sebagainya.

Adapun jika anda menangis dengan jangka waktu yang sangat lama, maka hal itu akan berdampak negatif pada kesehatan fisik, dan masalah yang lebih serius pada kesehatan mental, seperti depresi.

Sekiranya anda masih bimbang tentang keadaan anda, atau mempunyai sebarang gejala yang membimbangkan, sila rujuk doktor untuk nasihat dan rawatan lanjut. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang diperlukan.

Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Dikemaskini pada: Wed May 04 2022 15:25:19 GMT+0800 (Malaysia Time)
4.89
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar tentang kesihatan am secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.