
anasshamsudin2001
5 tahun
Telinga terasa sakit dan tersumbat
Telinga saya mulai rasa sakit ketika saya mendengat speaker di dewan… Dan skrg telinga kanan saya mulai sakit dan tersumbat dan saya juga pd ketika itu selsema…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Sakit telinga yang anda alami boleh disebabkan oleh beberapa perkara:
- Masalah pada saraf
- Masalah jangkitan kuman dalam telinga
- Masalah luka fizikal dalam telinga
- Masalah cairan telinga yang telah mampat
Antara rawatan untuk sakit telinga-
- Rawatan untuk sakit telinga bergantung kepada sebabnya. Ini termasuklah ubat daripada farmasi iaitu ubat tahan sakit seperti aspirin atau ibuprofen untuk melegakan kesakitan dan demam. Rawatan lain termasuklah tuaman suam, acetaminophen(Paracetamol) atau ubat anti-inflamasi yang lain.
- Ubat untuk ‘otitis media’ kebiasaannya ialah antibiotik oral manakala ubat untuk ‘otitis externa’ adalah antibiotik titis telinga (eardrops). Doktor mungkin akan memberikan antibiotik untuk jangkitan telinga, walaupun sesetengah kajian menyatakan antibiotik tidak semestinya akan memberikan rawatan yang efektif.
- Pakar farmasi mungkin akan mengesyorkan ubat titis telinga untuk melegakan sakit telinga dengan lebih cepat di rumah. Minyak zaitun juga dapat membantu mengeluarkan tahi telinga yang banyak dengan mudah. Elakkan daripada menggunakan minyak zaitun atau ubat titis telinga jika gegendang telinga anda pecah.
- Dalam kebanyakan kes, sakit telinga boleh sembuh tanpa melibatkan apa-apa rawatan, tapi apabila sakit tersebut berpanjangan sepanjang hari dan tidak sembuh juga, bolehlah berjumpa pakar ENT atau pakar telinga, hidung dan kerongkong atau pakar penjagaan utama (primary care physician) di hospital.
Anda disarankan untuk meneruskan rawatan yang telah diberikan oleh doktor dan jika terdapat komplikasi atau sakit yang berpanjangan, sila berjumpa dengan doktor secepat mungkin. Untuk mengenal pasti punca masalah anda dan merawatnya, maklumat lanjut dan pemeriksaan haruslah dijalankan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.