
Anonymous
4 tahun
Telinga tersumbat dan sakit bahagian luar telinga
Salam , sy atikah saya ada masalah telinga sejak 5 hari yg lalu , puncanya sy tidur diatas karpet lepas bgn tekinga saya sebelah kanan terasa sgt sakit , seperti pekak sebelah dan sy rasa telinga penuh air . Selain itu bahagian liar telinga di cuping telinga juga terasa sakit dan berdenyut dan rahang juga terasa sakit . Sy dah berjumpa doktor tapi doktor hanya bagi ubat susut bengkak dan tahan sakit . Tapi sampai ke harini sy mengalami sakit yg sama dan telinga masih tidak dgr sebelah . Apa perlu sy buat doktor ? Sy bergantung ubat tahan sakit je skrg untuk hilangkan kesakitan .

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Saya bersimpati terhadap keadaan yang tidak selesa yang anda alami. Anda mungkin mendapat jangkitan telinga yang memerlukan rawatan dan pemeriksaan telinga yang selanjutnya.
Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami yang bertauliah secara atas talian. Harap membantu. Terima kasih.