
Anonymous
5 tahun
Tenaga batin lemah /daibatis
berusia 55 tahun bekas ahli sukan seni bela diri…masaalah daibatis dan tenaga terus lemah.mohon penjelasan dr tq

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda,terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat.
Namun,secara umumnya,pakar perubatan mendapati 35-75% pesakit kencing manis (diabetes) menghadapi masalah ED. Lelaki yang menghidapi diabetes mengalami masalah ED/lemah tenaga batin 10 hingga 15 tahun lebih awal daripada mereka yang tidak ada diabetes. Risiko ED juga bertambah dengan usia yang semakin meningkat. Malahan, ada pesakit diabetes yang menghidapi ED sebelum diagnosis diabetes dibuat oleh doktor.
Dalam kalangan pesakit diabetes, saraf dan saluran darah sering terjejas kerana tahap gula yang terlampau tinggi. Situasi ini bertambah buruk jika pesakit kerap gagal mencapai sasaran tahap gula yang diberikan oleh doktor. Selain daripada diabetes, penyakit lain seperti tekanan darah tinggi dan penyakit jantung juga boleh menjadi punca ED.
Terdapat beberapa cara untuk mengatasi masalah ED. Penggunaan ubat seperti sildenafil (Viagra, Iqnyde) dan tadalafil (Cialis) boleh membantu pesakit ED. Walau bagaimanapun, pesakit-pesakit disarankan berbincang dengan doktor sebelum memulakan ubat-ubat ini.
Anda juga disarankan mengamalkan gaya hidup sihat dengan berhenti merokok, mengurangkan berat badan, memilih makanan yang sihat dan mengurangkan minuman arak jika ada. Anda juga digalakkan menggunakan perkhidmatan kaunseling jika masalah ED membawa stress terhadap anda dan pasangan anda.
Sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih