
Anonymous
5 tahun
Tentang mengandung saya
Saya sibuk dalam minggu ni siap kan pindah barang rumah. Then smlm saya dmam seleseme teruk. Saya makan panadol soluble sebiji. Then ptg td terdetik nak check upt sbb lewat 3 hri period. Result dia positif. Bahaya ke doc? Sbb saya slalu sblum sengugut saya ltk minyak panas dkt perut. 2 3 hari lps saya ada ltk jugak sbb perut rasa mcm na period

5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, tiada kajian yang menunjukkan bahawa makan panadol semasa kehamilan dapat membahayakan janin anda.Ubat panadol tidak memberi kesan yang sangat serious terhadap kehamilan berbanding dengan ubat lain yang digunakan untuk merawat masalah yang sama seperti ubat NSAIDS (voltaren, ibuprofen) ,tetapi harus digunakan dengan hati-hati.
Berkenaan dengan pengunaan minyak panas semasa kehamilan,setakat ini tiada lagi kajian yang menunjukkan bahawa minyak panas yang disapu pada kulit mengalami kesan sampingan.
Untuk membuat kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami bagi konsultasi secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih