
Sulit
4 tahun
Terasa kebas pada keseluruhan badan ketika tidur sahaja
Saya remaja lelaki berusia 21 tahun. Apabila saya tidur pada waktu petang dalam satu jam atau lebih, badan saya akan terasa kebas keseluruhan dan mata tak boleh dibuka serta anggota badan susah/ tidak boleh digerakkan. Waktu itu juga, saya boleh mendengar keadaan sekeliling. Saya menjadi was-was sama ada ianya mimpi atau tak. Sebab apabila saya sedar sepenuhnya, badan kembali macam normal. Perkara ini boleh dikatakan berlaku apabila saya tidur pada waktu petang dan melebihi satu jam dan ianya bukan berlaku sekali. Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kebas anggota badan boleh disebabkan:
- Kurang vitamin atau nutrien seperti vitamin B, potassium atau kalsium
- Penyakit saraf - seperti Multiple sclerosis
- Strok
- Anemia - kurang sel darah merah
- Penyakit arteri periferi - risiko penyebab seperti darah tinggi dan kencing manis
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.