Sulit
3 tahun
Terasa sakit dalam lubang telinga belah kanan
Seperti di atas, dalam lubang telinga saya terasa sakit bila memasukkan cotton buds, malah bila cuping telinga ditarik, sakit tu makin terasa… Kalau nk cakap, tahi telinga banyak, sy korek telinga guna cotton buds xde pun tahik tu… kadang2 rasa gatal dekat bhgian dalam telinga ni… dekat farmasi ada ke ubat untuk ni doctor?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Jangkitan dalam telinga
Radang dalam telinga akibat penggunaan putik kapas atau tindakan mengorek telinga
Pembengkakan kelenjar di belakang telinga
Mastoiditis - Jangkitan pada tulang berhampiran telinga
Kista
Abses atau nanah
Selain itu, anda tidak disarankan untuk mengorek telinga menggunakan cotton bud. Hal ini kerana, cotton bud ini boleh menolak tahi telinga anda lebih jauh ke dalam dan menyebabkan sakit.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Hanya selepa punca sebenar masalah anda diketahui, barulah rawatan yang sesuai boleh diberikan.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.