
Sulit
3 tahun
Tercabut bulu kening dalam 5 helai kening kiri dan kanan gara2 tersapu pakai blackhead di wajah
Saya lelaki 27 tahun,saya ada sapu blackhead kt muka pipi,hidung dan atas alis kening tengah dahi antara dua kening…sb saya selalu gatal muka jd saya akan bersihkan dengan sapuan blackhead…
Lepas blackhead mask dah kering dan lekat diwajah,saya akan tarik mask blackhead yg sudah digam untuk keluarkan pori2 blackhead pada muka…akibatnya saya dh tersapu pada kening tepi…tarik mask yg melekat …
Lpas tu habis bulu kening saya tercabut dalam 5 helai…nampak tak cantik plak kening kiri…
Jadi persoalannya saya,adakah "Bulu Kening"akan tumbuh kembali setelah tercabut bulu2 kening?
Berapa lama tempoh bulu kening akan tumbuh kembali ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami mengenai masalah anda.
Kami memahami kegelishan anda mengenai masalah bulu kening anda.
Untuk makluman anda, pertumbuhan semula bulu kening akan mengambil masa selama 4 bulan.
Namun, anda boleh mempercepatkan pertumbuhan bulu kening dengan mengambil makanan yang mengandungi kandungan protein, zat besi dan biotin yang tinggi.
Anda boleh menghubungi kami sekiranya anda memerlukan penjelasan yang lanjut.
Terima kasih, kami berharap jawapan kami dapat membantu anda.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.