Sulit
3 tahun
Terdapat seperti bola sebelah kiri atas payudara
hi doktor . kebelakangan ini sy tidak selesa dgn payudara sy . bila sy tekan tekan sy dpt rasakan seperti ada bola dlm payudara kiri bahagian atas . apa yg harus sy lakukan dktor ? adakah ia merbahaya ? tq
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi mengenai perubahan yang terjadi pada payudara anda. Untuk makluman pihak anda, benjolan di payudara boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Cyst / kista
- Abses atau nanah
- Gumpalan tisu fiber
- Gumpalan tisu lemak
- Kanser payudara
Untuk mengetahui punca sebenar masalah anda, pemeriksaan fizikal adalah diperlukan. Saya mengesyorkan anda untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan yang tepat. Sekiranya pada peringkat awal masalah ini diawasi, komplikasi yang berbahaya dapat dicegah.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Anda masih risau tentang payudara anda ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!