
Sulit
4 tahun
Terdapat Tanda lahir berwarna biru kehijauan dan ada bulu di tanda lahir tersebut, di bahagian belakang badan…. adakah ianya normal atau tidak?
terdapat Tanda lahir berwarna biru kehijauan dan ada bulu di tanda lahir tersebut, di bahagian belakang badan… adakah ianya normal atau tidak?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, setiap tanda lahir mempunyai maksud yang berbeza, begitu juga dengan warnanya. Kebanyakan tanda lahir tidak berbahaya dan tidak memerlukan rawatan. Selain itu, tanda lahir juga boleh menjadi indikasi kepada masalah perubatan tertentu.
Terdapat beberapa jenis tanda lahir:
- Naevi
- Cafe au lait spots
- Port wine stain
- Ash leaf spots
- Mongolian blue spot
Sukar untuk kami katakan sama ada tanda lahir yang disebutkan oleh anda normal ataupun tidak memandangkan maklumat lanjut perlu diketahui dan juga pemeriksaan perlu dilakukan. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.