
Sulit
4 tahun
Terfikir perkara yang membuatkan susah untuk keluar rumah dan menghadap orang
Saya berumur 27 tahun, saya sebelum ni depress semasa berhenti kerja dan ada masalah keluarga dan broken… selepas itu secara tiba² saya terfikir perkara² gay… sekarang ni bila pandang lelaki sahaja saya terfikir pasal kemaluan smpaikan nak keluar rumah dan tengok tv pun susah… adakah saya sudah termasuk fasa skizo?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda sedang alami. Terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami masalah tersebut:
- Kemurungan
- Masalah personaliti
- Anxiety atau kegelisahan
- Tekanan disebabkan masalah yang sedang dihadapi
- Penyakit bipolar
Ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Kami tidak dapat menjawab persoalan anda sama ada anda sudah masuk ke fasa skizofrenia kerana perkara ini perlu diperiksa dengan lanjut oleh doktor pakar psikiatri.
Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor atau ahli psikologi terlebih dahulu untuk diperiksa supaya anda dapat dibantu dalam menangani masalah anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi di atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.