Sulit
4 tahun
Terjatuh di bilik air/ tandas akibat terkejut
Ibu saya berusia 75 tahun telah terjatuh di tandas disebabkan terkejut dengan kelibat tikus. Beliau boleh bangun sendiri selepas kejadian namun pahanya sedikit bengkak dan kepalanya ada terhantuk pada bucu tandas. Beliau tidak mengalami sebarang kecederaan lain. Adakah saya perlu membawa ibu saya ke klinik/hospital?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Berdasarkan kenyataan anda diatas, ibu anda tidak memerlukan rawatan kecemasa. Namun, jika ibu anda mempunyai simptom-simptom lain, anda perlu berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut. Simptom-simptom lain termaksud :
- Keluar darah tidak henti henti
- Pening
- Pengsan
- Rasa nak muntah
- Sakit yang lebih dari 10 hari
- Penglihatan kabur
Anda juga boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.





































