Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Terlalu banyak peluh

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: November 27, 2019 10:13 AM

Sulit 3 bulan

Hi dr. Saya seorang wanita berumur 23 tahun. Saya nak tanya, kenapa ya saya sentiasa berpeluh & saya rasa terlalu banyak peluh. Kadang2 sampai tudung & baju basah akibat peluh. Jadi, saya nak tanya, adakah ianya satu masalah jika terlalu banyak peluh sehingga menyebabkan baju & tudung dipakai basah?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 10 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, peluh berlebihan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:

  • Hiperhidrosis umum
  • Hiperhidrosis ketiak

Keadaan diatas biasanya idiopatik yang mana bermaksud tiada penyebab pasti. Akan tetapi, terdapat beberapa langkah yang boleh diamalkan bagi mengurangkan masalah memburuk, seperti:

  • Menggunakan antiperspirant deodorant ataupun spray yang dipreskripsikan
  • Mengurangkan pengambilan kafein
  • Menjauhi faktor-faktor penyebab peluh seperti berjemur di panas, duduk di tempat yang pengudaraan/ ventilasi buruk
  • Memakai pakaian daripada natural fiber seperti kapas dan elakkan menggunakan bahan sintetitik
  • Membuang bulu ketiak

Memamandangkan pendapat ini hanya bersifat umum dan terhad kepada masalah peluh banyak anda, sekiranya terdapat gejala tambahan lain, maka kemungkinan masalah kesihatan lain yang sebenarnya mendasari keluhan anda. Justeru, anda disarankan merujuk doktor. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Wed Nov 27 2019 10:13:22 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Endokrinologi tentang masalah peluh secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
RM19.99
Konsultasi Pakar
Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
atieqahsyaidatul80
Masalah tangan sering berpeluh Dr,saya mempunyai masalah kesihatan tentang tapak tangan dan kaki sering berpeluh .saya hendak Salam orang sekeliling akan rasa segan silu dan malu.bagaimanakah saya hendak hindari masalah itu ? Baca lagi...
9 bulan
Sulit
Badan rasa melekit selepas mandi dan basuh tangan tapi tak tahu sebab dr saya wanita berumur 23 tahun, dah 3 hari saya rasa badan melekit apabila mandi dan lepas mandi, dan tangan melekit apabila basuh tangan, tapi selepas itu macam biasa dan akan berulang bila ke… Baca lagi...
37 jam
Sulit
Tangan berpeluh yang berlebihan Anak lelaki saya mengalami penyakit tangan berpeluh. Apakah rawatannya doctor Baca lagi...
12 bulan
Sulit
Saya mengalami masalah kuat berpeluh selamat sejahtera doktor. saya berumur 16 tahun dan sejak beberapa tahun dahulu sehingga sekarang saya kerap berpeluh di bahagian dahi,mulut,dan leher kadang kadang di bahagian tangan…keadaan in… Baca lagi...
4 bulan
Sulit
Berpeluh berlebihan sehingga menitis Umur saya 39.dari kecil tangan dan kaki saya berpeluh.kebelakangan ni saya kuat berpeluh sehingga tak selesa. Klau buat kerja sikit akan berpeluh dan ade bunyi whizing dan astma.pada oktober 20… Baca lagi...
4 bulan
Tanya Doktor Percuma Sambutan Hari Malaysia: Baucar RM15