
Sulit
3 tahun
Terlambat makan Pil perancang
Saya baru sahaja ambik pil perancang… Hari ini hari ke 5, tetapi hari ini I terlambat makan ubat lepas 45minit…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda terdapat beberapa perkara yang anda boleh lakukan seperti berikut:
- Jika lewat 12 jam memakan pil, pil masih berkesan untuk mencegah hamil. Makan pil tersebut sebaik sahaja ingat dan pil seterusnya harus dimakan pada waktu yang biasa.
- Jika lewat melebihi 12 jam, keberkesanan pil mungkin berkurang. Sekiranya tablet lupa diambil secara berturut-turut, risiko hamil menjadi semakin tinggi.
- Jika lebih dari satu pil, lupa dimakan, anda dinasihati supaya berjumpa dengan doktor.
- Jika satu pil pada minggu 1 lupa dimakan, makan pil yang dilupakan sebaik sahaja teringat dan jika perlu, makan 2 tablet sekali gus. Untuk 7 hari selepas itu gunakanlah kondom atau kaedah tambahan untuk mencegah kehamilan.
- Jika satu pil pada minggu 2 lupa dimakan ,makan pil yang dilupakan tersebut sebaik sahaja teringat. Anda tidak perlu menggunakan kaedah tambahan kerana keberkesana pil masih sama.
- Jika satu pil pada minggu 3 lupa dimakan ,anda boleh makan pil yang dilupakan tersebut segera. Selepas habis papan pil ini, janganlah mengambil 7 hari rehat tetapi sebaliknya mulakan papan Mercilon yang baru. Hal ini bermaksud anda tidak akan mengalami haid pada bulan tersebut. Selain itu, anda juga boleh terus berhenti makan pil dari papan tersebut dan berehat 7 hari, kemudian mulakan papan yang baru.
- Sekiranya anda mengalami sakit muntah-muntah atau cirit-birit yang teruk dalam masa 3-4 jam selepas makan pil perancang ini, anda haruslah menggunakan kaedah pencegahan kehamilan tambahan ataupun ikuti nasihat di atas.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan