
Sulit
5 tahun
Terlewat makan pil perancang untuk pertama kali makan
Selamat malam dokter…sy nak tanya untuk pertama kali makan pil perancang sepatutnya makan pada hari pertama period berlaku tp sy dah terlewat .makan.Iaitu pada hari ke 13 soalan sy berapa lama tempoh penghalang kehamilan ini berkesan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman pihak anda,pil perancang perlu dimakan mengikut arahan dan sekiranya tidak mengikut arahan yang ditetapkan, keberkesanannya sebagai pil perancang kurang atau tidak efektif. Tempoh penghalang kehamilan bagi kaedah perancang kehamilan adalah berlainan. Bagi kebanyakan jenis pil, pil perlu dimakan setiap hari dan keberkesanannya akan berkurangan jika terlupa makan pil atau mengambil pil dengan tidka mengikut arahan yang betul.
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang pil perancang, sila klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami atau klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.