Sulit
2 tahun
Terlupa ambil suntikan depocon untuk 1 minggu
Saya wanita berumur 33 tahun telah mengambil suntika depovera selama 2 tahun…tapi bulan ini saya salah tengok tarikh appt dan telah lambat 1 minggu…dan telah bersama suami…adakah saya akan mengandung…
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Secara amnya, jika anda sudah lebih daripada 2 minggu tidak mengambil suntikan perancangan, anda berisiko untuk hamil. Oleh itu saya sarankan anda untuk menghubungi doktor anda untuk mendapatkan suntikan yang sepatutnya.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.