
Sulit
4 tahun
Terminum ubat cuci luka
Sy ad perasan ad wrna kuning didlm mulut anak sy… Dy tunjuk botol ubat cuci luka tu bila sy tnya… Sy xtahu samada bnyk atau sikit ubat tu masuk lam mulut dy… Bhya ke doktor… Apa perlu sy buat??

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Perkara ini boleh menyebabkan kelukaan pada sistem penghadaman dan bahaya untuk anak anda. Saya sarankan anda untuk ke klinik dengan segera dan memantau jika anak anda mempunyai gejala seperti:
- Cirit birit
- Muntah-muntah
- Rasa pedih dalam mulut
- Kulit menjadi pucat
- Degupan jantung menjadi lemah
- Sukar untuk bernafas
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.