
Sulit
4 tahun
Terpijak darah luka kucing tanpa kaki beralas
Saya petang tadi terpijak darah luka kucing tanpa beralaskan apa2 pada kaki. Adakah kuman tersebut boleh masuk melalui tapas kaki. patutkah saya perlu merendam kaki saya bersenam sabun? Terima kasih doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, secara umum, darah kucing tidak akan menyebabkan suatu hal yang serius sekiranya anda terpijak darah tersebut. Ianya cukup jika anda membersihkan darah pada tapak kaki anda secara bersih dan sebaiknya dengan menggunakan sabun. Namun, tidak perlu untuk direndam, sekadar membasuh serta membilas dengan sebersih-bersihnya sudah memadai. Akan tetapi, sekiranya anda mengalami simptom/gejala alahan akibat darah kucing tersebut seperti gatal-gatal pada kulit atau simptom lain, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor di klinik berdekatan. Hal ini perlu menjadi perhatian khusus terutamanya jika anda mengalami luka pada tapak kaki tersebut. Selain daripada hal ini, kebiasaannya darah kucing adalah tidak membahayakan.
Walaubagaimnapun, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih