
Sulit
3 tahun
Tersalah isi maklumat status kesihatan di aplikasi Mysejahtera
Saya sedang mengemaskini status kesihatan di aplikasi MySejahtera. Namun ada satu soalan dimana saya tersalah isi dimana pernahkan saya berkunjung ke luar negara dalam tempoh masa tertentu. Saya tidak pernah keluar negara mahupun negeri. Status saya sebelum ini low risk berubah menjadi “Suspected Case” jadi apa perlu saya lakukan untuk mengubah semula status tersebut

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana bertanyakan masalah anda kepada pihak kami.
Kami faham bahawa anda bimbang kerana tersalah isi maklumat status kesihatan di aplikasi tersebut. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, secara umum, sekiranya anda tersilap mengisi maklumat, anda boleh mengemaskini kembali maklumat anda. Caranya adalah dengan mengklik kembali pada link kemaskini tersebut dan anda boleh menghantar sekali lagi.
Semoga penerangan ini menjawab pertanyaan anda. Sila hubungi pihak kami secara atas talian sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.