Sulit
2 tahun
Test PCR untuk pesakit covid
self test kit anak saya positive…dah terus buat PCR kat klinik…perlu lapor dalam mysejahtera @ kena tunggu keputusan PCR
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan oleh anda.
Kami memahami anda ingin mengetahui tentang langkah-langkah seterusnya memandangkan ujian self-test Covid anak anda menunjukkan keputusan positif. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, ujian kit kendiri Covid yang menunjukkan keputusan positif perlu dilaporkan dalam MySejatera bagi memudahkan pihak-pihak berkenaan untuk mengambil langkah-langkah seterusnya. Kami menyarankan anda untuk mengemas kini maklumat anak anda dalam MySejahtera dan memastikan anak anda menjalankan kuarantin di rumah. Anda boleh menghubungi CAC berdekatan dengan anda atau dapatkan konsultasi atas talian bersama doktor kami untuk nasihat lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini