
Sulit
4 tahun
Tiada ereksi dan ketegangan selepas bangun tidur
Saya tidak lagi mendapat morning wood walaupun beberapa jam sebelumnya terdapat ereksi dan ketegangan ketika saya terjaga sekitar 3 pagi. Saya juga tidak dapat mencapai ereksi ketika cuba merangsang zakar sewaktu mandi selepas bangun dari tidur. Adakah ini tanda mati pucuk? Apakah langkah yang perlu saya lakukan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kerisauan anda mengenai masalah zakar tidak tegang setelah bangun daripada tidur.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa sebab mengapa seseorang mengalami ketegangan zakar semasa tidur ataupun semasa bangun daripada tidur:
- Otak sedang relaks;
- Perubahan
- Stimulasi fizikal; sebagai contoh apabila pasangan anda menyentuhnya. Walaupun anda tidur, badan anda masih sedar dengan keadaan sekeliling
- Tanda-tanda awal anda mempunyai masalah fizikal seperti darah tinggi dan kencing manis termasuk mati pucuk
- Ubat-ubatan; terdapat beberapa jenis ubat yang dapat membuatkan seseorang mempunyai masalah sukar untuk mendapat ereksi. Anda perlu mengenal pasti kesan sampingan ubat-ubatan yang anda ambil dan berbincang dengan doktor mengenai masalah ini
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor sekiranya:
- Anda tidak lagi mendapat morning wood dan susah untuk mendapat ereksi; walaupun kekerapan untuk mendapat morning wood berkurangan sejajar dengan peningkatan umur, tetapi jika anda tidak lagi mengalami morning wood setelah beberapa ketika, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor
- Ereksi yang menyakitkan; ini adalah petanda berkemungkinan anda mempunyai masalah ereksi ataupun kecederaan pada bahagian penis
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.