
kieym8736
6 tahun
Tiada haid walau pun telah berhenti suntikan perancang selama 5 bulan
Saya berumur 30 tahun. kitaran haid sy adalah normal.
Slpas melahirkan anak… Sy mengambil suntikan perancang semasa anak sy berusia 3bulan.
Dlm masa mengambil suntikan perancang sy cuma datang haid pd bulan pertama n kedua. Selepas suntikan pertama. Namun selepas itu tiada lg haid… Dan kata dokter itu adalah normal…
Namun begitu… Kini saya telah berhenti mengambil suntikan perancang… Kira2 dlm 5 bulan… Dan sy masih lg tidak datang haid… Adakah itu masih normal? Atau sy perlu mengambil ape2 ubatan utk melancarkan haid?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, suntikan perancang ini boleh menyebabkan kesan sampingan seperti:
- Pendarahan yang berterusan selepas berhenti mengambil suntikan tersebut
- Kitaran haid akan berubah
- Haid mengambil masa untuk kembali kepada kitaran yang biasa
- Berat badan bertambah
- Kemungkinan kebolehan menghasilkan ovum yang sihat akan mengambil masa lebih kurang setahun
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi seria rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!