
Anonymous
6 tahun
Tiada period selama 3bulan
Saya ada masalah period tidak teratur. Sy miss period pada bulan 9 10 dan kemudian sy ke klinik pd bulan 11. Doktor scan tak ada apa dan bagi sunolut utk turunkan darah. Selepas seminggu period saya datang seperti biasa 7hri dan pafa bulan 12 sama juga normal. Bulan 1 dan 2 saya tidak period lagi. Pd bulan 2 sy berjumpa dokter dia beri sunolut lagi tanpa scan. Saya makan dan tak period hingga ke hari ini . Doktor kata sbb sy gemuk. Berat sy 58kg dan tinggi 160cm sy berumur 19 tahun7:52 PM
Last date period saya adalh pada 21/12/20187:52 PM

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda, anda mungkin mengalami masalah haid tidak teratur. Masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Perubahan kitaran haid anda boleh berlaku akibat masalah hormon, masalah kesihatan lain atau masalah struktur rahim, ovari atau cerviks. Antara puncanya adalah:
- Keletihan
- Tekanan emosi
- Jadual harian yang sibuk
- Terlibat dengan aktiviti lasak atau kegiatan sukan yang berat
- Masalah berat badan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Polycystic ovarian syndrome (PCOS)
- Penggunaan pil, suntikan perancang atau alat perancang kehamilan yang lain
- Masalah struktur rahim seperti ketumbuhan fibroid atau polip
Anda disarankan untuk mendapatkan rundingan lanjut tentang masalah ini agar punca sebenar dapat diketahui serta rawatan yang tepat dapat diberikan. Sila klik pada link ini DoctorOnCall untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian dengan percuma. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.