
Sulit
4 tahun
Tiba-tiba rasa sakit seggungut di bahagian bawah perut dan tulang belakang setelah 7thn period…,. … ,. … … …. .. .. …. ,
hello…sy del…first period sya ialah semasa berumur 14thn dan bermula dri umur itu sampailh saya brumur 20th sy tdk pernah rasa sakit seggungut ttp baru2 ni saya tiba" alami sakit seggungut d bahagian bwh perut dn tulang belakang pd hri kedua sy mngalami haid…rasanya sangat sakit dn ini membuatkn kegiatan harian sya terggangu…saya tidak lgi dpt brgerak bebas walaupun dlm keadaan period seperti sebelum" ini…ini firstime sy rasa sakit seggungut…apakh ini keadaan yg normal?apakh penyebabnya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah senggugut yang anda hadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara antaranya ialah:
- Akibat bahan kimia prostaglandin yang dibuat di dalam lapisan rahim.
- Endometriosis - Dalam keadaan ini, tisu dari lapisan rahim didapati di luar rahim, seperti pada ovari dan tiub fallopian, di belakang rahim, dan pada pundi kencing. Tisu ini akan berkelakuan seperti tisu rahim dan melekat-lekat sehingga menyebabkan rasa sakit.
- Adenomyosis-Tisu yang biasanya melekat pada rahim mula tumbuh di dinding otot rahim.
- Fibroid-Fibroid adalah pertumbuhan yang terbentuk di luar, di bahagian dalam, atau di dinding rahim. Fibroid yang terletak di dinding rahim boleh menyebabkan kesakitan.
Seandainya sakit yang dirasakan adalah berlebihan sehingga boleh menyebabkan rutin harian dan pekerjaan anda terganggu, maka adalah amat digalakkan untuk anda mendapatkan rawatan lanjut.
Selain itu, rasa sakit pada bahagian tersebut juga boleh disebabkan oleh beberapa perkara lain, seperti:
- Keradangan usus
- Keradangan pelvik
- Kandungan luar rahim
- Batu karang
- Jangkitan kuman pada usus
Untuk mengetahui penyebab masalah ini, maklumat dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, jika masalah ini berlarutan, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor secara langsung.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Jawapan ini hanyalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih
Anda masih risau tentang masalah senggugut? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!