Sulit
3 tahun
Tidak ada rasa ingin buang hajad
Salam dokter saya rizki ,umur 33 tahun , saya nak tanya saya sudah 1 minggu, tak ada rasa ingin buang hajad, apa itu berbahaya dokter ? Saya ada membeli buat di farmasi & ada membuang hajad , tapi apabila saya stop makan ubat tu , saya sudah tak ada rasa nak membuang hajad 🥲 apa yg patut saya buat dokter …jujur saya takut , tak ada symtom apa pun , cuma perut saya ada rasa kembung saja sesekali …
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami,
Kami turut bersimpati dan mengambil serius dengan keadaan yang dialami oleh pihak anda. Walaubagaimanapun berikut adalah gambaran awal yang boleh kami sampaikan kepada pihak anda.
Untuk pengetahuan anda, idak terasa ingin membuang hajat umumnya boleh dikaitkan dengan gangguan sembelit atau konstipasi. Ia boleh berpunca dari pelbagai faktor, antaranya:
- tabiat pemakanan yang kurang sihat
- kurang serat & air
- produk tenusu yang berlebihan
- gaya hidup yang kurang aktif
- sering menangguh buang air
- tekanan atau kebimbangan
- kekurangan bakteria yang baik dalam sistem pencernaan
- efek sampingan dari ubat
- perut kembung
Atau penyakit seperti
- Irritable bowel syndrome(IBS)
- Penyakit radang usus.
- Kanser usus (biasanya disertai penurunan berat badan yang drastik dan usia tua
Maka, tanpa pemeriksaan yang lebih khusus, kita tidak boleh menjamin punca sebenar sakit yang anda alami, apatah lagi merekomendasikan rawatan. Walau bagaimanapun untuk menghilangkan keluhan buat sementara waktu, anda dinasihatkan untuk:
- berehat apabila selesai beberapa tugas
- memastikan pakaian tidak terlalu ketat
- memastikan tubuh sentiasa terhidrat (baca: stay hydrated)
- merujuk ke doktor secepatnya
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.