
Sulit
4 tahun
Tidak dapat tidur dan selalu terjaga
Saya wanita berusia 23 tahun, saya ingin menanya doktor, jika saya merasa mengantuk tetapi tidak boleh tidur . Jika saya sudah dapat tidur tetapi kerap terjaga . Apakah tandanya itu yaa ?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, insomnia adalah suatu keadaan dimana seseorang individu mempunyai masalah tidur. Individu yang terjejas dengan penyakit ini akan mendapati diri mereka sama ada mempunyai kesukaran untuk tidur, kekal di dalam tidur ataupun rasa tidur yang tidak cukup dan puas. Tiada sebarang ukuran yang objektif bagi memastikan tempoh tidur yang cukup untuk manusia biasa walaupun secara umumnya kita dinasihtakan untuk mendapat tidur antara 6-8 jam sehari.
Penyakit insomnia ini berlaku apabila terdapat kekacauan di dalam tindakan mahupun penghasilan melatonin. Bahan kimia semulajadi ini bertanggungjawab bagi mengawal kitaran tidur normal untuk seseorang manusia. Sekiranya jumlah yang dihasilkan tidak cukup, atau pun terdapat masalah dalam fungsi melatonin itu, kitaran akan terganggu seterusnya membawa kepada masalah tidur.
Simptom-simptom yang biasa didapati dari individu yang terkesan dari insomnia ini adalah:
- Kesukaran untuk tidur dan kekal di dalam tidur
- Letih dan mengantuk pada siang hari
- Menjadi pelupa dan tidak dapat berfikir dengan tepat
- Menjadi murung, cepat marah dan resah
- Mempunyai tenaga yang sedikit
- Tidak mempunyai minat dalam melakukan sesuatu perkara
- Sering menjadi cuai, mengakibatkan kemalangan yang boleh dielakkan dengan mudah
- Sentiasa risau akan jumlah tidur yang sedikit
Bagi pihak kami, kami sarankan anda mencuba yang berikut untuk memperbaiki masalah insomnia anda iaitu:
- Kurangkan stress, pastikan anda dikelilingi oleh dorongan yang kuat dan sihat
- Seimbangkan pemakanan. Banyakkan makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran
- Elakkan tabiat merokok
- Dapatkan nasihat kounseling dari pihak berkenaan
- Minta preskripsi anti-depressant daripada doktor anda mengenai masalah tidur ini.
- Banyakkan meluangkan masa dengan keluarga dan rakan-rakan
- Perbanyakkan senaman yang seimbang.
- Mematikan lampu ketika ingin tidur.
- Pastikan tempat tidur anda dalam keadaan yang selesa dan tenang.
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.