Sulit
4 tahun
Tidak dapat tidur lena
Hai saya wanita berumur 22tahun. Saya ingin bertanyakan solan bagi pihak kawan saya which is seorang lelaki. Kebelakangan ini dia mengalami kesukaran untuk tidur lena. Perlukah dia mengambil supplmnt melatonin
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Sebelum rakan anda mengambil sebarang ubat atau suplemen, adalah lebih baik jika rakan anda mempraktikkan beberapa perkara bagi membantu untuk dapatkan tidur yang lebih lena seperti:
- Bersenam di pagi hari bagi memastikan badan cukup penat pada malamnya
- Mandi 1 1/2 jam sebelum tidur dapat menurunkan suhu badan
- Tidak makan 3 jam sebelum tidur
- Tidak mengambil sebarang kafein 8 jam sebelum tidur termasuklah teh
- Tidak melihat telefon/komputer 30 minit sebelum tidur
Sekiranya masalah sukar tidur ini berlanjutan, maka adalah dinasihatkan bagi rakan anda untuk merujuk kepada doktor dahulu kerana ia boleh menjadi gejala awal kepada kemurungan, keresahan atau penyakit seperti asma dan “sleep apnea”. Sekiranya rakan anda telah mencuba kesemua langkah-langkah diatas, maka rakan anda boleh mencuba suplemen melatonin difarmasi. Rakan anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.