
Sulit
4 tahun
Tidak datang bulan hampir setahun
Hai doktor . Saya berumur 27 tahun dan ada anak 3y…anak sy still bf lg … masalah sy dah lama setahun tak period…bulan 1 tahun 2020 sy period…bulan 2 pon dtg mcm biasa…lepas tu stop sampai bulan 5…bulan 5 datang dalam 7 hari…lepastu terus stop sampai sekarang…adakah perkara tu nornal.? Mohon pencerahan doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Untuk pengetahuan anda, tidak mengalami haid tanpa sebab tertentu memerlukan perhatian anda dan doktor dan adalah tidak normal. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Kehamilan
- Sindrom polisistik ovari atau PCOS
- Ketidakstabilan hormon
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Berat badan: Berat badan berlebihan dapat mengganggu kitaran haid seseorang
- Umur: Golongan remaja dan wanita perimenopaus seringkali mengalami masalah haid tidak teratur
- Tekanan emosi atau stres
- Penggunaan perancangan keluarga seperti pil perancang
- Penggunaan ubat-ubatan
Saranan kami pada masa ini adalah anda perlu berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan lanjut dapat dibuat dan rawatan dapat diberikan kepada anda untuk mengembalikan kitaran haid.
Untuk maklumat anda, kitaran haid wanita yang normal adalah di antara 21 hingga 34 hari manakala tempoh aliran atau pendarahan pula di antara 2 hingga 4 hari. Untuk mengetahui sama ada ia normal ataupun tidak, kami sarankan anda merekodkan kitaran anda di dalam diari atau aplikasi telefon pintar. Ini akan memudahkan rujukan anda dan doktor pada masa hadapan. Anda juga digalakkan untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan lanjut dapat dibuat.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami di atas talian. Terima kasih.