Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Tidak datang haid ambil pil reguloN

Dijawab oleh: Dr Ramzdhan

Dikemaskini pada: Jun 24, 2020 8:09 AM

Sulit 18 hari

Pada 11/5 saya buat D&C. Saya mula ambil pil regulon pada 30/5 dan 23/06 hari ke 4 berhenti untuk 7 hari. Adakah normal haid belum datang? Perlu saya teruskan makan ubat atau tidak?

Dr Ramzdhan 18 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Untuk makluman anda, haid lewat boleh menjadi normal atau sebaliknya. terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:

  • kehamilan
  • Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
  • Tekanan emosi
  • Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
  • Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
  • Mengambil pil perancang kehamilan
  • Masalah polycystic ovarian syndrome
  • Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks

Haid anda yang lewat atau tidak datang ini boleh berpunca daripada pengambila pil regulon tersebut. Namun begitu, ia juga boleh disebabka oleh perkara lain seperti yang dinyatakan di atas.

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, dan mengetahui adakah anda patut meneruskan pengambilan pil tersebut atau tidak, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Wed Jun 24 2020 08:09:49 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Sulit
Saya ada masalah period datang lewat selama 6 bulan. Apa yang perlu saya buat? Hai, saya umur 28tahun ada masalah period lewat sudah 6 bulan… apa perlu saya buat? Terima kasih. Baca lagi...
13 hari
Sulit
Masalah haid anak yang tidak teratur Anak saya berumur 19 tahun tidak datang haid selama hampir 2 bulan. Kali terakhir dia datang haid pada 15 Mei 2020. Sejak datang haid pada umur 12 tahun, kitaran haid adalah sentiasa teratur. Ke… Baca lagi...
9 hari
Sulit
Tidakdatng haid 3bulan Sy berusia 45 thn…sy tidak dtg peroid selama 3 bulan dan mggu lps sy sy dtg haid hanya lendir bercampur ketulan darah beku dlm amaun yg sedikit selama 2 hari…sy check kemamilan result negatif… Baca lagi...
5 hari
Sulit
Haid yang tidak teratur dan bermasalah Saya remaja berusia 19 tahun , saya kelewatan datang haid iaitu selama 64 hari , jika saya datang haid ia mengambil masa dalam 5 hari shaja dan haid tersebut tidak terlalu heavy atau pendarahan … Baca lagi...
21 hari
Sulit
Darah keluar 2 hari sebelum tarikh period Adakah spotting itu normal? Selalunya dalam berapa hari? L Adakah ianya keluar bersama dengan lendiran keputihan? Baca lagi...
18 hari
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi