
Anonymous
5 tahun
Tidak datang haid beberapa bulan
Saya student, belum berkahwin. Saya mengalami kitaran haid yg tak menentu sehingga mencecah 4bulan tidak datang haid. Kerap begini. Haid sekali, selepas itu tidak haid dalam beberapa bulan, berulang. Sometimes ada rasa sakit perut seperti senggugut tapi tidak lama dan tak terlalu sakit. Sy tidak mengambil apa apa ubat atau suppliment. Adakah ini simptom utk sesuatu penyakit atau tanda tidak subur? Mcm mana saya nak dapatkan kitaran haid yang normal?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kitaran haid yang tidak teratur boleh disebabkan:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah Sindrom Polisistik Ovari
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.