
Sulit
4 tahun
Tidak datang haid selepas pemakaian implan
sy wanita 20an sy tidak datang haid selama 2 tahun sejak pemakaian implan…selepas 2 tahun pemakaian impln muka sy mula berjerawat dengan banyak

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memerlukan lebih banyak maklumat mengenai keadaan anda. Perkara ini perlu diberi perhatian dan anda perlu berjumpa dengan doktor berikutan anda tidak datang haid buat masa yang lama dan perkara ini perlu dirawat.
Terdapat beberapa sebab yang mungkin dapat menjelaskan mengapa anda mengalami masalah tidak datang haid:
- Kehamilan
- Penggunaan perancangan keluarga; implan, suntikan ataupun pil
- Jadual atau aktiviti harian yang terlalu aktif dan padat
- Sindrom polisistik ovari (polycystic ovarian syndrome/PCOS)
- Berat badan berlebihan; berat badan berlebihan dapat menyebabkan seseorang itu mengalami masalah gangguan kitaran haid
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Ketidakseimbangan hormon
Anda masih risau tentang tidak datang haid? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Berikut pula adalah kesan sampingan penggunaan implan:
- Jerawat
- Perubahan kitaran haid
- Perubahan mood
- Perubahan selera makan
- Pertambahan berat badan
- Kegatalan pada bahagian faraj
- Sakit perut
- Pening kepala
Terdapat beberapa lagi kesan sampingan yang boleh disebabkan oleh penggunaan implan. Anda perlu berjumpa dengan doktor untuk merawat masalah haid anda yang tidak datang dan berbincang semula dengan doktor mengenai alternatif lain selain daripada penggunaan implan.
Jika anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.