Sulit
6 tahun
Tidak datang haid selepas stop injection perancang
Saya berusia 24tahun, saya ambil injection perancang dalam 4kali sahaja saya ambil. Masalah yang saya hadapi selepas stop perancang saya terus tak datang bulan (sudah masuk 7Bulan saya tak datang haid) adakah itu side effect stop injection?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman cik, memang betul gangguan kitaran haid merupakan salah satu kesan sampingan suntikan perancang kehamilan. Para wanita yang menggunakan kaedah ini akan berhenti haid 6 hingga 12 bulan selepas penggunaan dan akan mengambil masa 6 hingga 18 bulan untuk kitaran haid kembali normal.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan maklumat lanjut. Terima kasih.


































