Anonymous
6 tahun
Tidak period atau haid
Saya hani berumur 28 tahun dari jb. Selepas saya mengambil pil perancang oralcon, setelah hbis ubat tersebut, sepatutnya saya datang haid. Tapi tiada. Bagaimana ya.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Apabila anda sedang dalam tempoh rehat apabila mengambil pil perancang, pendarahan tidak semestinya berlaku sejurus pil yang terakhir. Ia akan mengambil masa mungkin beberapa hari untuk pendarahan berlaku. Anda dinasihatkan untuk terus kekalkan pengambilan ubat pil perancang mengikut hari dan masanya. Pendarahan yang tidak tetap adalah kesan yang dijangkakan dalam 2-3 bulan pertama penggunaan pil perancang ini. Sekiranya tiada juga pendarahan selepas 7 hari anda berehat daripada pengambilan pil ini, anda dinasihatkan untuk meneruskan pengambilan pil seterusnya seperti biasa jika anda tidak mahu mengadung.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



































