Sulit
3 tahun
Tidak period semasa ambil suntikan
Assalamualaikum doktor. Saya berusia 20 an dan mempunyai 2 org anak jarak nya 2 tahun. Dan sekarang ni saya dah berhenti mengambil suntikan kerana selama saya mengambil suntikan saya tak datang haid. Anak yang kedua sudah berusia 9bulan. Boleh doktor terangkan kenapa? Terima kasih…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala haid tidak menentu yang anda alami boleh disebabkan:
Kesan suntikan perancang - ini boleh menyebabkan ketidak-tentuan haid sehingga 3-6 bulan berhenti
Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
Tekanan emosi
Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
Masalah kalenjar tiroid atau pituitari seperti hipotiroid (boleh menyebabkan susu badan kurang, berat naik dan penat)
Masalah polycystic ovarian syndrome
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan seperti durasi gejala, gejala lain dan sejarah kesihatan anda serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.