Sulit
5 tahun
Tidak puas buang air kecil, dan kerap ke tandas
Saya lelaki berumur 20 tahun, saya mengalami masalah buang air kecil, saya membuang air kecil dengan pancutan yang lemah, rasa tidak puas ketika buang air kecil, bahkan saya kerap ke tandas pada waktu malam. Saya rasa kerap ke tandas mungkin disebabkan banyak minum air selepas berbuka puasa. Dan ia tidaklah mengganggu tidur saya. Saya sudah makan ubat kencing tidak lawas, tetapi masih tak sembuh. Saya harap doktor boleh bantu.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah kerap kencing ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan, masalah atau kecederaan kepada pundi kencing
- Diabetes insipidus
- Keadaan yang meningkatkan penghasilan air kencing- pengambilan air, alkohol dan kafein secara berlebihan serta ubat buang air
- Perubahan terhadap otot, saraf atau tisu yang memberi kesan kepada fungsi pundi kencing
- Segelintir ubat rawatan kanser
- Ubat atau minuman yang meningkatkan penghasilan air kencing
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan.Terima kasih.


































