Sulit
3 tahun
Tidak selesa perut dan sakit perut apabila ditekan
hai doctor , perut saya tidak selesa sejak saya tidak datang period 2minggu lepas. tetapi saya berasa perut saya keras dikeliling pusat saya. disebabkan oleh apa ya doctor mohon memberi penerangan yang jelas
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang sakit perut sejak haid lewat.
Berdasarkan maklumat yang anda berikan, ketidakselesaan pada perut anda mungkin berpunca daripada masalah haid atau pada organ penghadaman itu sendiri. Bagi masalah berkaitan wanita, sakit perut sebelum haid biasanya disebabkan oleh:
- Akibat bahan kimia prostaglandin yang dibuat di dalam lapisan rahim.
- Endometriosis. Dalam keadaan ini, tisu dari lapisan rahim didapati di luar rahim, seperti pada ovari dan tiub fallopian, di belakang rahim, dan pada pundi kencing. Tisu ini akan berkelakuan seperti tisu rahim dan melekat-lekat sehingga menyebabkan rasa sakit.
- Adenomyosis. Tisu yang biasanya melekat pada rahim mula tumbuh di dinding otot rahim.
- Fibroid-Fibroid adalah pertumbuhan yang terbentuk di luar, di bahagian dalam, atau di dinding rahim. Fibroid yang terletak di dinding rahim boleh menyebabkan kesakitan.
Selain itu, sakit perut anda juga mungkin disebabkan oleh masalah sistem penghadaman seperti:
- Penyakit Radang Usus
- Sembelit dan buasir
- Masalah pembekuan darah
- Polip/adenoma (ketumbuhan benign) dalam usus besar
- Ketumbuhan (kanser) usus
Anda masih risau tentang haid lewat ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Sekiranya gejala sakit perut dan haid lewat masih berterusan, saya menasihatkan anda untuk ke fasiliti kesihatan terdekat untu pemeriksaan dan rawatan susulan. Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.