
Sulit
4 tahun
Tidak tahan bau durian/alergi bau durian
Assalamualaikum Dr. Saya ingin bertanya, adakah alergi Bau durian satu penyakit psikologi? Saya ada membuat research bahawa terdapat orang yang tidak dapat menahan bau durian atau lebih dikenali sebagai hyperosmia. Setiap kali Saya menghidu bau durian yang kuat di bilik yang tertutup, Saya akan mengalami sakit kepala. Adakah cara untuk mengubatia masalah saya ini?

4 tahun
Terima kasih atas soalan berikut
Untuk pengetahuan anda, hyperosmia adalah apabila kebolehan menghidu seseorang tinggi pada sesuatu bau dan daya tahan mereka sangat rendah terhadap bau tersebut. Pesakit akan menunjukkan reaksi seperti:
- pening
- gatal
- bersin
- loya
- muntah
Kami galakkan agar anda mengelakkan daripada menghidu dan menjauhi diri daripada sumber bau tersebut. Jika anda merasakan bahawa masalah ini menganggu kehidupan seharian, maka anda digalakkan agar berjumpa serta berbincang dengan doktor.
Jika anda mempunyai sebarang keraguan, sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.