
Sulit
4 tahun
Timbul bintik macam jerawat di badan
Saya pesakit hiv dan ada penyakit sifilis dan gonorhea. Kini badan saya timbul bintik macam jerawat di bahagian dada, perut dan belakang badan. Apakah punca ianya berlaku?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu timbul bintik seperti jerawat pada badan. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Peningkatan dalam produksi sebum
- Infeksi oleh bakteria
- Alahan
- Hama
- Gigitan serangga
- bintik merah akibat HIV
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.