Sulit
5 tahun
Tinggi badan pada usia 16tahun
Slm sejahtera Dolores,Sy remaja berumur 16thun ketinggian sya hanya 148cm . Saya selalu diejek oleh rkn2 sehingga mengalami depression
saya tahu bahawa tiada sebarang ubat yg blh menambah tinggi bdn. Adakah saya blh menambah tinggi bdn pada usia 16thn ini? Apakah tips stay senaman yg blh membantu sya menambah tinggi bdn?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, pertama sekali, depression bukan sebarang penyakit yang boleh didiagnosa oleh diri sendiri, jika anda mengalami gejala seperti tiada minat untuk hobi anda, kepenatan yang teramat, perasaan sedih sepanjang hari yang berlarutan sehingga mingguan, anda perlu berjumpa dengan doktor anda.
Anda masih dalam fasa puberti dan pembesaran, 148cm ini bukan ketinggian anda selamanya, ubat yang boleh membantu untuk membesar ini ada, tetapi ianya memerlukan pengesahan doktor dan ia hanya dibagi dalam beberapa kondisi sahaja kerana ia mahal dan mempunyai kesan sampingan. Bagi senaman, anda boleh mengekalkan senaman anda yang sedia ada kerana senaman ini akan membantu dalam proses pembesaran.
Untuk maklumat yang lanjut, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.





































