
Sulit
4 tahun
Tiroid dan masalah cirit birit
Sy wnita 21 thun mnghdap hpertiroid…saat ini sy mngalami cirit brit…apakah crt brit ne ada kaitan dgn tiroid?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah hipertiroid boleh menyebabkan masalah dalam sistem penghadaman anda. Antara masalah ini ialah:
- Angin
- Sembelit
- Cirit-birit
- Pedih hulu hati
- Mual dan muntah
Untuk menangani masalah ini, puncanya harus ditangani iaitu hipertiroid anda. Anda harus makan ubat pengganti hormon tiroid anda dan sentiasa ke temu janji doktor. Selain itu, anda harus melakukan senaman supaya perut dan usus anda giat bergerak untuk mengelakkan masalah angin. Anda juga boleh melawat seorang pakar pemakanan untuk merancang dan memberi maklumat tentang jenis makanan yang boleh membantu anda mengatasi masalah ini. Mereka lebih arif dalam bidang ini dan nasihat mereka sangat bemanfaat.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.