Sulit
4 tahun
Tiroid semakin membesar dan keras
Ayah saya ada benjolan besar di lehernya seperti tiroid. Sekarang semakin membesar dan jika minum air dan makan akan tersedak batuk. Suaranya serak dan pendengarannya semakin berkurang. Adakah menunjukkan tiroid itu semakin teruk? Adakah pendengaran terjejas berpunca daripada tiroid tersebut?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah benjolan pada tengah leher ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- goitre (kelenjar tiroid membengkak, mungkin terlebih hormon tiroid atau kekurangan hormon)
- tiroid adenoma (ketumbuhan benign pada leher)
- kanser tiroid
Mendengar gejala yang anda nyatakan, anda perlu membawa ayah anda ke hospital dengan segera sebelum ketumbuhan tersebut mengganggu rongga pernafasan ayah anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.