
Sulit
5 tahun
Tonsil bengkak dan bernanah
Saya berumur 31 tahun. Pada 19 April yang lepas saya telah berjumpa doktor kerana saya tidak boleh menelan apa-apa termasuk air liur. Doktor kata tonsil saya bengkak dan bernanah serta saya demam ketika itu. Doktor memberi saya ubat tahan sakit, ubat bengkak, lozenges dan antibiotics. Saya makan seperti yang disarankan dan bengkak serta demam dan sakit untuk menelan hilang. Cuma, pada 22 April tu saya hanya makan antibiotics tanpa makan ubat yang lain kerana rasa telah baik. Namun, suhu badan saya kadang-kadang naik dan kadang-kadang elok seperti biasa. Adakah saya perlu terus makan ubat bengkak dan tahan sakit tersebut bersama antibiotics? Adakah memang kebiasaan demam boleh datang semula walaupun kalau diikutkan saya hanya perlu makan antibiotics tu hanya berbaki sehari lagi?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, gejala yang anda alami boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- keradangan tonsil
- keradangan anak tekak
- peritonsilar abses
- abses mulut
Memandangkan gejala ini telah berlangsung lama, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Ia memakan masa 2 minggu untuk pulih sepenuhnya. Maka, jika tempoh melebihi, anda demam panas, batuk berkahak dan kesukaran bernafas, anda harus mendapatkan rawatan segera.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.