
Sulit
5 tahun
Tonsil bengkak dan susah menelan
Sya elwanita berumur 22 thun. Sya baru sahaj mndapatkan rawatan di klinik swasta berhampiran. Dan telah mndapat rawatan injection antibiotik. Dan bberapa ubat yg lainnya. Sya ingin bertanya smada sya blh makan makanan sejuk atau tidak. Kerana mnurut doktor trsebut sya tidak dbenarkan makan makanan yg sjuk.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, makanan sejuk boleh mengurangkan bengkak yang ada pada tonsil. Namun, saya tidak boleh mengulas lebih lanjut tentang perihal yang disampaikan doktor tersebut. Dia lebih mengetahui keadaan anda memandangkan anda telahpun diperiksa oleh doktor tersebut.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.