
Anonymous
5 tahun
Tonsilitis pada ank 10tahun
adakah tonsil kesan dr aefi. ank sy kena tonsil sejak umur 4 5 bulan time tu dah dgr dia berdengkur teruk. bila cek dktr bgtau saluran pernafasan sempit then masa umur2 thn muntah muntah semua tak boleh masuk. smp skrg tonsil makin teruk tp dktr tak de kata nak buat apa ada yg kata buat apa nak dibuang dan sebagainya… lg satu sy ada hypertiroid adakah ank yg tonsil td akn kena tiroid juga. tq dktr s

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, biasanya pembedahan pembuangan tonsil tidak disarankan untuk dilakukan bagi kanak-kanak berusia bawah 3 tahun kerana ia berisiko tinggi dan boleh membahayakan kanak-kanak tersebut. Selain itu, bagi sesetengah kanak-kanak yang menghidap tonsilitis mereka hanya mengalaminya dengan ketika usia masih kecil dan pulih sepenuhnya apabila mereka membesar.
Sebaiknya anda berbincang dengan doktor yang merawat anak anda tentang keperluan, risiko dan kesan pembedahan tonsil tersebut serta mendapatkan penjelasan tentang rawatan yang boleh diambil.
Anda juga boleh bercakap dengan pihak kami secara atas talian dengan klin pada link ini (DoctorOnCall) untuk nasihat lanjut. Terima kasih.