
emandinor93
5 tahun
Transplan utk pt thalasemia
adekah waktu transplan berlaku, operation tu boleh jadi tidak berjaya? & boleh tau ape sebab kalau operation tu tidak berjaya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, setiap pembedahan mempunyai risiko. Begitu juga pembedahan transplan. Antara faktor yang menyebabkannya tidak berjaya ialah reaksi badan terhadap transplan tersebut. Oleh sebab itu, doktor akan memberikan rawatan yang merendahkan sistem imun pesakit agar sel badan pesakit tidak melawan organ tersebut. Selain itu, sewaktu pembedahan, terdapat risiko terhadap bius, pendarahan dan sebagainya. Namun, doktor akan mengambil langkah penting seperti mengambil sejarah kesihatan dan melihat ubat-ubatan yang akan menyebabkan pendarahan. Selain itu, doktor bedah seorang yang berpengalaman. Maka, risiko ini akan dapat dikurangkan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.