
Sulit
4 tahun
Trembling terasa resah nervous dan sedikit ganggu pernafasan
saya pelajar berumur 16 tahun , saya berasa resah dan trembling di tangan bila saya di suasana yang baru , adakah normal bila cikgu mahu saya jawab di whiteboard dan tangan saya shaking dan nervous ? , dan saya juga pernah alami nya di sekolah pada tahun lalu ketika saya berasa sedih terhadap kejadian yang berlaku di depan saya lalu saya kecewa dan tangan saya mula bergetar ? , saya pernah mengalami cyber bullying dan tidak hadir ke sekolah hampir 2 bulan saya confuse nak buat apa saya harap doktor boleh jawab kan sebab saya takut nak bagitahu mak saya

4 tahun
Selamat sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu gemuruh ( nervous ) dan overthinking . Untuk makluman anda, masalah ini dapat disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Tekanan (depressi)
- Keresahan (anxiety)
- Masalah bipolar
- Masalah personaliti
- Social phobia
Bagi menentukan diagnosis sebenar, ia memerlukan pemeriksaan yang teliti daripada pakar. Hal ini bagi memastikan rawatan/ubat yang diberikan adalah tepat buat anda. Oleh itu, sekiranya masalah ini berlarutan dan mengganggu anda, kami amat menasihati anda untuk ke klinik berdekatan atau ke klinik psikiatri di hospital.
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Bagi mengurangkan masalah ini dan tidak membiarkan ianya berlarutan, saya mengesyorkan anda untuk mengambil langkah langkah berikut:
- Luangkan masa dengan keluarga dan rakan-rakan
- Luahkan masalah dengan orang yang tersayang
- Amalkan gaya hidup yang sihat dan pemakanan yang seimbang
- Pastikan mendapat pekerjaan yang kurang tekanan emosi dan masa
- Dapatkan sokongan dan nasihat daripada pakar kounseling
- Cukupkan rehat dan waktu tidur
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.