
Sulit
4 tahun
Trust issue terhadap pasangan rakan
Saya lelaki berumut 20an sejak 2014 saya selaly mengalami di tipu di curangi,di kianati samada pasangan kekasih dan juga rakan2…Bermula dari pada waktu tu,saya suda mulai susah sangat2 susah untuk mempercayai sesiap pun kecuali ibu saya,saya tak tahu,adakah ini semulajadi,atau saya terlalu mengikut perasaan,.terkadang saya merasa sedih dan kecewa,kerana selalu memikit orang sekeliling saya akan menipu atau mengkhianati saya.Saya tidak tau di mana boleh dapat kaunseling…Saya juga tiada tempat yang boleh saya meengadu

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, di Malaysia terdapat perkhidmatan dalam talian yang boleh membantu dalam hal-hal ini. Anda boleh klik link ini. Mereka menyediakan sistem sokongan jika anda memerlukan. Jika anda perlukan surat rujukan untuk berjumpa dengan pakar, anda boleh meminta di mana-mana klinik berdekatan.
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.