
Sulit
4 tahun
Tulang belakang bhagian Kanan
4 tahun sdah blalu sya sdah kasih btul tulang Kat bahu tapi slama 4 tahun sakit Kat tulang belakang bahagian kanan masih sakit kadang2 lebam smpai ke belakang bila musim hujan blh trasa sakit mkn ubat pon Sama jg masih sakit

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih untuk soalan anda.
Saya memahami bahawa anda mengalami sakit belakang bahagian kanan selama 4 tahun. Untuk makluman anda, sakit belakang ini mungkin atau mungkin tidak berkaitan. Oleh itu, punca sakit belakang adalah seperti:
- postur duduk atau diri yang tidak baik
- otot terseliuh atau cedera akibat akitiviti seharian
- kekurangan stabiliti otot tengkuk
- kecederaan whiplash akibat kemalangan kereta
- tabiat yang asyik bermain telefon bimbit dengan kepala bertunduk
- Urat terkepit
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.