Sulit
3 tahun
Tulang metacarpal patah
tulang metacarpal saya patah dua tahun lalu, sekarang tumbuh membengkok bolehkah saya luruskan kembali, ada kesan atau tidak jika saya biarkan
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah tulang bengkok selepas rawatan akibat daripada patah boleh disebabkan oleh tidak cukup “reduction”, “immobilization” atau “rehabilitation”. Masalah ini memerlukan pandangan daripada pakar untuk mendapatkan rawatan lebih lanjut.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.