
Sulit
3 tahun
Tumbuh stretch marks pada bahagian dada dan paha
Saya adalah remaja perempuan berusia 14 tahun. Saya dapati bahawa ada stretch marks yang tumbuh pada bahagian dada dan betis. Adakah hal ini berlaku akibat penambahan berat badan? Apakah yang menyebabkan stretch marks itu muncul? Apakah cara untuk mencegah stretch marks tersebut?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda dan akan cuba membantu.
Daripada soalan anda,kami memahami bahawa ansa mempunyai tanda regangan yang merisaukan anda.
Tanda regangan berlaku apabila keadaan kulit cuba menyesuaikan diri dengan perubahan badan. Dalam istilah perubahan, ia disebut striae.
Apabila berlaku perubahan badan secara mendadak, kulit anda mungkin tidak dapat berkembang pantas, sekali gus menyebabkan ia meregang.
Ini menyebabkan kolagen hancur dan mendedahkan saluran darah yang rosak, mengakibatkan munculnya parut lekukan.
Punca stretch marks yang biasa adalah disebabkan kenaikan berat badan, kehamilan dan aktiviti bina badan di mana badan berkembang dengan cepat.
Regangan mungkin berlaku kerana pengeluaran hormon badan tertentu secara berlebihan. Selalu muncul pada bahagian paha, ketiak, perut, , punggung atau belakang badan.
Umumnya, warna tanda regangan bermula dengan merah jambu, merah atau keunguan. Kemudian pudar menjadi putih dan tampak seperti parut.
Elakkan kenaikan berat secara mendadak.
Sekiranya tanda regangan berlaku disebabkan pertambahan berat kerana masalah berkaitan kesihatan dan perubatan, ia mungkin di luar kawalan anda.
Namun, dalam kebanyakan kes, mengekalkan berat badan dan seimbang bukanlah 1 perkara yang sukar untuk dilakukan melalui perubahan diet pemakanan harian.
Diet sihat dan seimbang perlu mengandungi lemak tak tepu, minyak sihat, asid lemak omega-3, vitamin dan mineral yang turut dapat membantu mengekalkan keadaan kulit agar sihat.
Di samping itu, pengambilan air yang mencukupi dapat membantu .
Cara paling mudah untuk mencegah masalah parut regangan adalah dengan melakukan senaman secara berkala.
Ia dapat membantu memastikan berat anda sentiasa terkawal serta seimbang.
Kami harap jawapan kami membantu.
Untuk pertanyaan lain berkenaan kulit ,anda disarankan supaya merujuk perkara ini kepada doktor untuk mendapatkan pendapat penting kami.
Anda boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami untuk bantuan yang lanjut.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu masalah kulit anda!